16 November 2010

keCURANGan itu adalah perkara BIASA dalam perhubungan.

kalian nampak tajuk ENTRI pada kali ini?
ini adalah status yang baru diUPDATE oleh saya di Facebook :)
banyak sebab saya mengeluarkan statement 'daring' seperti ini..
ingin saya meluahkan perasaan berbuku dihati, biar sajalah kisah ini menjadi teladan untuk semua.
bukan bercerita tentang diri, tapi mengenai KENALAN diri yang identitinya disembunyi :)


CURANG? acapkali istilah ini sentiasa digunapakai untuk menunjukkan keTIDAKSETIAAN seseorang kepada kekasihnya.
tapi, CURANG selalunya mempunyai cerita tersirat disebaliknya.
tidak semuanya keji, kekadang tetap menyayat hati.
orang yang CURANG dipandang jijik, diinjak tak berperi dan ditohmah pelbagai spekulasi
tetapi apa sebabnya, hanya empunya diri tahu.


alkisahnya bermula pabila sepasang kekasih berjanji setia mengikat perasaan cinta melalui perhubungan yang serius. ingin mengecapi kebahagian hakiki dan melayari bahtera indah perkahwinan. itu angan2 kesemua teruna dan dara bercinta. tapi tak semuanya semudah yang disangka. banyak ombak2 ganas yang harus diharungi.
si jejaka yang semakin sibuk dengan tugasan semakin jarang menghubungi si gadis. mula-mula memanglah boleh dipejamkn mata, disembunyi perasaan rindu yang menebal. lama kelamaan si jejaka sudah acuh tak acuh mendengar masalah dan rintihan yang dihadapi oleh gadis. lebih menerukkan keadaan si jejaka turut menghalang gadis untuk berseronok bersama sama rakan dikala kesunyian. hati gadis yang memberontak terus keluar dari kepompong rutin hariannya yang bosan dan mencari keseronokkan diluar tanpa diketahui oleh lelaki itu.

akhirnya gadis menemui kelompok rakan rakan yang mempunyai masalah yang sama. tenang tetapi hanya sekejap. apabila diketahui oleh jejaka tentang hal itu, dipukulnya si gadis tanpa rasa belas kasihan. lebam di mata, luka di bibir, sakit hentakan dirusuk lama kelamaan menjadi santapan setiap kali berjumpa. si gadis hanya menangis dalam diam, tidak berkesempatan untuk menceritakan kenapa dia mengambil tindakan sebegitu. si gadis hanya inginkan peneman, bukannya mencari bahana dalam berkawan.

dalam mencari ketenangan dari masalah yang menggelumit fikiran, gadis telah berjumpa dengan seorang lelaki yang elok perangai dan memahami dirinya. entah mengapa, pertemuan pertama kali dari mata ke mata membibitkan perasaan yang amat berlainan dari biasa..semacam ada pertalian yang tidak dapat dijelaskan. walhal lelaki itu kaki perempuan, bukan ciri2 lelaki yang boleh dibuat suami. akhirnya, gadis dengan relanya menyerahkan harta yang paling berharganya kepada lelaki itu. menyesal setinggi gunung pun tidak dapat mengubah hakikat jerih yang terpaksa ditanggung seumur hidup. layanan lelaki itu, luar biasa dari mata gadis itu, barangkali itu punca si gadis jatuh cinta. menyesal tak sudah... diucap perasaan sesal pun tak dapat menenangkan perasaan si gadis.terasa bodoh dan murahnya diri. digadai sesauatu yang tak berganti.

lelaki itu katanya mahu bertanggungjawab.tapi tidak begitu dirasakan oleh gadis. mana tidaknya, si jejaka telah dipaksa oleh rakan rakan si gadis, demi untuk kebaikan bersama. banyak lagi SKANDAL yang dihubungi..tetapi si lelaki tetap tegas dengan pendiriannnya ingin bertanggungjawab. kelakuannya persis sudah ada ikatan sah. tidak membenarkan si gadis keluar dengan JANTAN lain. habis bagaimana dengan JEJAKA.?? gadis masih menyembunyikan hal sebenar...kalau lah jejaka tidak melayan gadis seperti sampah di jalanan, mesti gadis tak buat perangai..

bloggers,
jika anda membaca entri ini.
tolong aku untuk membantu kawan aku.
dia sudah buntu untuk memilih antara dua.
dengan jejaka yang barangkali akan berubah perangai barannya dan mepunyai masa depan yang cerah
atau bersama sama dengan lelaki yang arah tuju hidupnya msih terumbang ambing, tetapi penuh dengan keseronokkan duniawi???



akan bersambung entri ini....